Powered By Blogger

Monday, June 27, 2011

Puding Labu Bakar 

Bahan-bahan:
4 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula halus
1/2 cawan marjerin
3/4 tepung kastard
3 1/2 cawan labu - rebus dan lecek
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar kismis
2 sudu besar halwa kundur - potong kecil

Cara Menyediakan:
1. Pukul gula dengan marjerin hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau lagi hingga rata.
3. Masukkan kedua-dua jenis tepung dan labu.
4. Akhir sekali halwa kundur dan kismis.
5. Sapu acuan dengan marjerin, tuangkan adunan dan bakar hingga masak.

Cek Mek Kentang 

Bahan-bahan:
100 gm kentang
100 gm tepung gandum
Sedikit garam dan gula pasir
Minyak masak

Cara Menyediakan:
1. Rebus kentang hingga empuk dan lecek semasa panas.
2. Masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh.
3. Ambil sedikit doh dan bentuk menjadi bujur leper. Masukkan sedikit gula pasir di tengahnya dan gentel panjang membujur.
4. Ulang langkah sehingga semua adunan habis. Goreng hingga kekuningan, tus dan hidangkan.

Kuih Talam Banjar 


Bahan-bahan:
8 biji telur
300 gm pulut - rendam dan tuskan
150 gm gula melaka
300 gm gula pasir
2 biji kelapa - ambil 1 1/2 mangkuk pati santan + 1/2 santan cair
2 sudu tepung gandum
1 sudu kecil air mawar + sedikit warna hijau

Cara Menyediakan:
1. Pulut digaul dengan segenggam kelapa dan garam kemudian tuang dalam loyang, masukkan sedikit santan cair dan kukus hingga masak.
2. Pecahkan empat biji telur, masukkan satu sudu tepung gandum, setengah bahagian gula pasir, gula melaka dan tiga suku santan. Kacau hingga gula hancur. Tuangkan atas pulut yang telah dimasak dan ditekan dengan daun pisang, kemudian kukus hingga masak.
3. Pecahkan empat biji telur, masukkan lebihan gula pasir, satu sudu tepung gandum, baki santan, satu sudu kecil air mawar, pewarna hijau dan kacau hingga hancur. Kemudian tuang atas kuih yang sudah masak tadi dan kukus semula hingga masak.

Puteri Dua Sebilik


Bahan-bahan:
2 cawan tepung pulut hitam
2 keping gula kabung - dipotong empat segi kecil
3 cawan santan pekat
1/2 sudu besar tepung kanji
Sedikit gula pasir untuk tabur
Daun pisang  - dibentuk sampan
Cara Menyediakan:
1. Bancuh tepung pulut dengan air hingga menjadi doh seperti buah melaka. Bentuk bulat dan isikan dalamnya dengan sekeping kecil gula kabung.
2. Masukkan dua biji doh kecil ke dalam daun pisang.
3. Di dalam mangkuk lain, satukan santan dan tepung kanji. Kacau rata dan tuangkan ke dalam sampan daun pisang berisi doh pulut tadi.
4. Taburkan gula pasir dan kukus hingga masak.

Ubi Kayu Kukus Bersagu



Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu parut
500 gm gula pasir (kurangkan jika tidak suka manis)
3 cawan air
2 cawan santan
1/2 sudu kecil pewarna kuning
1/2 cawan sagu biji - dibersihkan
1 biji kelapa parut - ambil putih sahaja
Garam secukup rasa
Cara Menyediakan:
1. Gaulkan ubi kayu parut dengan gula pasir, air, santan, pewarna kuning dan sagu biji. Tuangkan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak (lebih kurang 45 minit).
2. Kelapa parut digaul dengan garam (dikukus sekejap jika suka).
3. Apabila ubi yang dikukus sejuk, potong dan gaulkan dengan kelapa.

 

 


 


 


 

No comments:

Post a Comment