
Bahan-bahan:
120 gm pasta farfalle - direbus hingga lembut & tuskan
100 ml sos tomato
2 ulas bawang putih - dicincang
1 sudu besar daun basil - dimayang
15 gm minyak zaitun extra virgin
25 gm keju parmesan
20 gm mentega
Garam dan serbuk lada sulah secukup rasa
Cara Menyediakannya:
1. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang putih dan daun basil kemudian kacau sehingga naik aromanya.
2. Masukkan sos tomato, garam, dan serbuk lada sulah kemudian renehkan dengan api yang kecil.
3. Masukkan pasta dan kacau hingga rata.
4. Perisakan dengan keju parmesan dan mentega, kemudian padamkan api. Kacau hingga rata, selepas itu bolehlah diangkat dan dihidang panas-panas.
No comments:
Post a Comment