Merujuk laman web Karyanet.com.my, perkataan bahagia bermaksud,
“suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi
ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang
mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di
hati.
Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak
semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat
subjektif.
Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan
dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina
rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini
merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam
keluarga yang berharta.
Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi
kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti
kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.
Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu
melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah
menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah
bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya
yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.[1]
Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan
dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat
hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu
tercapai?
Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100
buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa
yang akan dilakukannya setelah itu?
Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan
yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu
yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.
What do you think it is?
Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan
dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.
Wallahu’alam.
No comments:
Post a Comment